Sesi pendaftaran Hafizi ke SAR

31 Disember 2013,

Demi keselesaan dan memudahkan Hafizi hendak pergi ke sekolah kebangsaan di sebelah pagi dan sekolah agama di sebelah petang serta kelas mengaji, kami 'decide' daftarkan Hafizi ke Sekolah Agama Rakyat (SAR) KAFA (I) Puncak Alam 2.  Kini,  di Puncak Alam 2 ada dua sekolah agama iaitu SRA  Puncak Alam 2 dan SAR Puncak Alam 2. Kami memilih SAR kerana sekolah ini bersebelahan dengan Sekolah kebangsaan Puncak Alam 2 dan banyak kemudahan disediakan seperti Transit Wardatul Raudah, kelas mengaji, kelas tambahan dan kantin.  

Suasana pendaftaran pada masa itu tidaklah ramai orang yang datang untuk membuat pendaftaran memandangkan tarikh pendaftaran bermula daripada 30 Disember 2013 hingga 01 Januari 2013. Seperti tahun-tahun sebelumnya, prosedur pendaftaran dijalankan dengan teratur dan berjalan lancar, apa yang penting ikut peraturan yang ditetapkan;
  • Semak nama kelas anak ditempatkan.
  • Ambil nombor giliran di kaunter.
  • Guru bertugas akan memberi no. giliran dan 'check list' Senarai Bayaran Yuran Persekolahan Tahun 2014 ( yuran tahunan, yuran bulanan dan keperluan murid)
  • Ambil tempat duduk mengikut nombor meja yang disediakan dan buat urusan pembayaran yuran dan pembelian buku kepada guru bertugas. 
  • Dapatkan resit pembayaran.
  • Pendaftaran berjaya.    


 Jangan lupa berbaris untuk ambil nombor giliran di kaunter pendaftaran, lama jugak kami menunggu untuk dilayan. Ustazah terleka ingatkan kita orang dah dapat nombor di kaunter 1.


Kami sedang menunggu ustazah menyerahkan nombor giliran. ...Peningler... ustazah tu sekejap mcm 'confuse' ajer, ape tak nyer kaunter pendaftaran tersepit kat tengah-tengah kaunter 1 dan kaunter 2. 


Kami dapat nombor 48 di Kaunter 9.
Ustazah Siti Zaidatun yang bertugas di Kaunter 9 dan kebetulan waktu itu ramai pula di kaunter 9 jadi lama gak ler tunggu nombor giliran dipanggil. Sambil-sambil itu, kepala ligat mengira RM yang perlu dibayar kpd ustazah...uhuk...uhuk terbang lagi RM ku.


Misi Pendaftaran Selesai!!!

    Fakta:
Zaman dan berubah...
zaman dulu sekolah takder pun pendaftaran setiap tahun dan ibubapa tak perlu hadir pun masa tu
tapi kini,
setiap tahun kena daftar anak sekolah (naik darjah aje) dan ibubapa wajib hadir buat bayaran dan tandatangan surat akuan..hahaha

Jejak Kasih di Bandar Hilir, Melaka Bandaraya Warisan Dunia

28 Disember 2013

Jom...kita ke Bandar Hilir Melaka! tapi apa yang ada di Bandar Hilir, Melaka...sibuk ler anak-anak celoteh bertanya. Banyak tempat bersejarah dan menarik di Bandar Hilir, Melaka nie dan kalau nak tau meh ler kita ke sana...
Banyak juga tempat yang sempat kami kunjungi antaranya Porta De Santiago (Kota A'Famosa), Jonker Walk, Dataran Portugis, muzium dan River Cruise di Sungai Melaka. So biarlah gambar jelah yang berbicara kewujudan Melaka Bandaraya Bersejarah nie...

 Jom ronda-ronda di sekitar Bandar Hilir tengok peninggalan sejarah dengan naik beca ekk... 
Meh tengoklah my beca nie..
cantik kan i nie, yelah i ada lampu, ada bunga lagi dan kalau u mau dengar muzik pun i ada.
 Replika kapal perang Portugis yang menyerang Melaka pada tahun 1511. 

Sungai Melaka  




 River Cruise di Sungai Melaka

Mana satu pilihan hati nie 'Step in Melaka'....'From Melaka River Cruise'. 'Key chain' ini boleh di beli di Melaka River Cruise untuk diabadikan kenangan di Melaka. 

 Replika Kincir Air zaman Kesultanan Melaka

 Tembok Belanda

 Perkasa tak saya nie.... manalah tau boleh kalahkan kehebatan si meriam Belanda nie.



Gereja Christ
Dibina pada tahun 1753, struktur gereja ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang tulen. Bangunan ini mengandungi bangku gereja yang dibuat dengan tangan, siling cahaya matahari yang dibina tanpa sambungan, kitab Injil tembaga, batu nisan yang ditulis dalam bahasa Armenia dan lukisan "Last Supper".

Bangunan Stadthuys – ("dewan perbandaran" dalam bahasa Belanda)
Merahnya Dataran Belanda Bangunan Stadthuys juga dikenali sebagai bangunan merah oleh penduduk tempatan. Dibina pada tahun 1650 dan merupakan rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya. Di sekitar bangunan Stadhuys yang dipanggil Dutch Square ini terdapat gereja Christ Church yang berusia lebih 250 tahun, kolam air pancut dan sebuah kincir air seperti yang sering dilihat di negara Belanda. Bangunan Stadthuys sekarang menempat Muzium Sejarah, Ethnografi dan Sastera untuk dikunjungi pelancong. 


Banyak barang dijual disini diantaranya jam tangan, cemin mata, payung yang pelik2, duit lama, poster lama, selipar, kasut, permainan,  baju kanak-kanak, beg tangan handmade, topi, key chain, t shirt dll.

Bukit Saint Paul:
Dibina pada tahun 1521 oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho, gereja ini yang dinamakan "Our Lady of The Hill" kemudiannya ditukar oleh pihak Belanda kepada tempat persemadian golongan bangsawan dan dinamakan "Gereja St. Paul". St. Francis Xavier telah dipelihara di dalam perkuburan terbuka gereja ini pada tahun 1553 sebelum dibawa dengan kapal ke Goa, India.

Penemuan tembok/runtuhan yang dikatakan sebahagian dinding A Famosa...tapi di mana serpihan bangunan Istana Kerajaan Melaka dulu dan kenapa kita bangga sangat dengan tinggalan A Famosa tu bukankah itu adalah lambang kejatuhan KESULTANAN MELAYU MELAKA? So fikir-fikirkan ler.
Kota A Famosa:
Kota A Famosa atau Porta de Santiago bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511 bagi menangkis serangan orang-orang Melayu. Bahan binaan kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan-bangunan  lain yang musnah akibat peperangan. Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque .

Kota A Famosa mempunyai empat menara dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. yang dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya.

A Famosa sebagai kubu pertahanan, ia telah mengalami kerosakkan struktur yang agak teruk semasa pencerobohan Belanda. Pihak British telah bercadang untuk memusnahkannya tetapi campurtangan Sir Stamford Raffles pada tahun 1808 telah menyelamatkan apa yang tertinggal sebagai A' Famosa pada hari ini. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih ada di Asia.

Sebahagian kubur Belanda

Gereja Portugis yang menghadap keindahan dan kesibukan Selat Melaka ini telah ditinggalkan oleh penjajah Portugis dan yang tinggal kini hanyalah serpihan bangunan tanpa berbumbung. Beberapa blok nisan empat segi besar tersandar di dinding bangunan bersejarah ini dan terdapat sebuah wishing well untuk pengunjung ‘membuang’ hajat dengan duit syiling. 








Panorama Bandar Hilir di kala malam

27 Disember 2013,

Suasana malam di Bandar Hilir, Melaka begitu sibuk dengan kehadiran ramai  pelancong asing dan tempatan di situ di kala malam menjelma seperti adanya satu temasya. Berpusu-pusu gerombolan manusia datang untuk melihat, mengamati dan menikmati suasana malam dengan disajikan pemandangan peninggalan sejarah di zaman kegemilangan Melayu Melaka era tahun 1400 (berkemungkinan 1200) hingga 1800 masihi. 


Persuratan Paduka Melaka 
Melatari lingua franca sejarah kegemilangan 
Dari helaian perak dakwatnya emas Sulalatus-Salatin 
Menari jemari tangkas Tun Sri Lanang 
Pada saat berbaris hulubalang menghunus tombak luka 
Istana Tuanku menjadi saksi laksamana berpencak 
Bersilat lidah menyusun kata mengalun senjata 
Demi mengangkat Titah Sultan berdaulat. 

                                                                    "credit : Ahli Persatuan Penulis Melaka (PENAMA), Fairuzan Abdul Majid"

Kami pun tidak melepaskan peluang untuk sama-sama melihat sendiri pemandangan peninggalan sejarah Melaka dengan berjalan kaki di sekitar Bandar Hilir. Ramai juga orang yang mengambil peluang melihat-lihat pemandangan tersebut dengan menaiki beca. Beca di Melaka cantik dihias dengan bunga-bunga dan kalau suka dengar muzik daripada depan A Famosa ke Dutch Square. Semua terpulang kepada 'you all'  hendak pilih alternatif melihat Bandar Hilir sama ada menggunakan beca ataupun berjalan kaki aje. 

Di sini kami jejak kasih Bandar Hilir di kala malam hari dan 'snapshot' gambar-gambar pemandangan indah di Bandar Hilir untuk tatapan semua.

       Sebelah kanan jalan terletaknya bazar utk membeli cendermata dan sebagainya

Sebahagian runtuhan tembok peninggalan zaman jajahan British.


 Jam besar di Bangunan Merah akan berbunyi setiap sejam sekali.


Christ Church, di Dataran Belanda Bangunan Stadthuys

Penduduk tempatan juga menggelarnya sebagai bangunan merah. Dibina pada tahun 1650, bangunan ini merupakan rumah rasmi Gabenor Belanda dan timbalannya.
Kesan peninggalan bangunan oleh seorang Gabenor Belanda yang memerintah Melaka dahulu yang lengkap dengan gerejanya sekali, kini bangunan ini dijadikan muzium sejarah Melaka.

 Sungai Melaka di waktu malam

 Berhadapan  Hard Rock cafe  di Sungai Melaka.

 'Posing' di Replika Kincir Angin Belanda di waktu malam.

Alamak pokok nie keluar lampu warna warni......Cuba teka warna lampu yang nyala?
Jawapannya:- warna hijau dan  warna biru.

Beca-beca yang berbagai warna dan rupa menghiasi bandar hilir di kala malam menjelang..
Pakcik nie tunggu pelanggan untuk dibawa bersiar-siar di sekitar Bandar Hilir dengan becanya yang berwarna warni dan berkumandang muzik dan lagu. Sabar betul pakcik nie..larat ker dak tu tapi apa nak buat rezeki perlu dicari dengan kudrat yang ada.  respect ler kat pakcik nie....

 Tempat Riadah di laluan pejalan kali di sepanjang Melaka River Cruise, Sungai Melaka.



                   Pelbagai aktiviti jalanan di sepanjang jalan Melaka River Cruise.

Replika kapal perang Portugis yang telah berjaya menghancurkan tembok kekuatan Melayu Melaka pada tahun 1511.

Suasana damai di Jeti Parameswara Maritime , Melaka


27 Disember 2013

Setelah urusan 'check in' hotel selesai dan usai solat asar, kami pun bersiar-siar di Jeti Parameswara Maritime yang terletak bersebelahan dengan Euro Rich Hotel di Plaza Mahkota, Melaka. Harapan menggunung tinggi dan berdoa semoga bernasib baik dapat 'snapshot' gambar 'sunset' di tepi jeti. Ini kali lah....

Sementara menunggu kehadiran 'sunset' kami mengambil peluang bersiar-siar untuk menikmati suasana damai dan keindahan di persisiran jeti hingga ke pelabuhan feri Melaka ke Dumai

Kita orang terlalu asyik dan teruja melihat ikan tembakul berkejar-kejaran di tepian muara. Hafizi dan Miza teringin hendak menangkap ikan-ikan tembakul tu, konon nak dibela si ikan tu...katanya macam pelik ajer! 

 Cantik kan suasana kat sini, nyaman sesekali bila angin sepoi-sepoi bahasa terasa.

Saja aje lepak-lepak di jeti kayu.... Nak test ketahanan kayu di jambatan jeti itu sama ada boleh atau tidak menampung kita orang. Nampak macam dah usang aje jambatan nie tapi kita orang gagahkan jugak nak bergambar kat situ.
 Berhadapan dengan Feri Melaka Dumai.Teringin jugak suatu hari nanti kita orang nak pergi melancong ke Dumai pulak, bila ler agaknya tu?

Emmmm bilalah suasana 'sunset' nie nak menjelma? tak sabar rasanya nak 'snapshot' satu untuk dibuat koleksi harta karun. Sabarlah hati....sekejap lagi tu.

Hafizi kepenatan ikut kita orang, tanpa segan silu terus minta kakaknya dukong dia sampai kat tempat hotel. Cepatlah kakak.....lambat betul ler kakak nie, kalau macam nie bila nak sampai hotel nie?

Kecewa beb...malangnya 'sunset' yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba, menyorok pulak dia disebalik awan...malu kot dengan kita orang datang nak berkenalan....uwaaaaaa sedih gilos terasa patah hati udahnya...frust giler.

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...