Jom makan rambutan dan pulasan

Tiba tiba tekak  teringin pula nak makan pulasan dan rambutan, terbayang-bayang keenakan rambutan dan kemanisan si pulasan ini. Emmm apa lagi destinasi seterusnya  kami  menuju ke Kampung Merbau Sempak. Sure ramai yang tak jumpa lagi buah pulasan ni,  so untuk pengetahuan umum :

Buah Pulasan atau nama saintifiknya Nephelium mutabile adalah sejenis buah yang menyerupai bentuk dan rasa seperti buah rambutan, tetapi biji pulasan lebih keras dan isinya agak kering serta kasar berbanding buah rambutan.


Kami anak beranak tanpa berlengah masa terus memetik buah pulasan. Anak-anak tak pandai nak buka buah pulasan so baba dialah yang lengoh dan sakit jari dok pulas buah pulasan. Segar beb buah pulasan ni, yelah petik terus dari ladang dan bukannya beli tepi jalan.. hahaha jangan jeles tau.

Sudah puas makan buah pulasan now beralih pula nak rasa buah rambutan. Anak-anak tak sabar nak mengait buah rambutan guna galah, terhoyong hayang mereka cuba sedaya upaya dan akhirnya berjaya juga. Syukur banyak juga hasilnya buah rambutan yang dikumpul untuk dimakan kami anak beranak. Alhamdulillah satu pengalaman baru telah ditimba oleh anak-anak.





Tak cukup dengan belajar mengait buah rambutan menggunakan galah, nak juga dia panjat pokok rambutan...iskkkk gayat jugalah tengok si Hafizi panjat pokok rambutan tu.
Bahagia aku dapat makan buah rambutan...

Alangkah bahagianya  kalau ada gazebo kat tepi rumah kat kampung ni, duduk kat atas rumput pun tak apa lah janji damai dan keasyikan  makan buah rambutan tu tak tergugat. Anak-anak sibuk ambil buah rambutan tu hasilnya mak dia dok sedap aje makan.  


HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...