Underwater World Langkawi


22 Disember 2013

Pada sebelah petang, kami berpeluang mengunjungi Underwater World Langkawi yang terletak di Pantai Chenang, Langkawi. Di sepanjang jalan menuju ke Pantai Chenang, kami melihat suasana seperti berada di luar negara dan ramai kelibat pelancong asing bertandang di situ.

Underwater World Langkawi merupakan satu akuarium air marin dan telah dibuka kepada pengunjung pada 26 Ogos 1995 dan menjadi daya tarikan pelancong asing dan juga tempatan. Konsep dan tema Underwater World Langkawi menjurus ke arah Pengetahuan, Pendidikan dan Hiburan. Selain itu, ianya dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memulihara hidupan akuatik berharga dan kepentingan manusia dengan alam semulajadi.

Keunikan Underwater World Langkawi adalah terowong gergasi sepanjang 15 meter dan pengunjung boleh berjalan-jalan melaluinya sambil melihat hidupan akuatik marin di dalam 500,000 liter air laut.

 Lorong pejalan kaki untuk pengunjung melihat ikan dalam akuarium besar.

 Burung kakak tua yang pandai berkata-kata, Miza saja aje test bercakap dengan burung tu.

Miza                    : Hello..hello...hello
Burung kakak tua  : Hello

 Tunnel Tanks @ Marine Life and Temperate Sections

 Amboi-amboi sempat gak Miza memegang Tapak Sulaiman. 
 Rockhopper Penguins @ Sub-Antarctic Section
 First time dapat tengok spesis Kerapu Giant, rasa-rasa kalau buat masak ikan tiga rasa tu sedap ker tidak ekkk?

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...