Majlis Makan Malam Penghargaan Felo

Majlis Makan Malam Penghargaan Felo yang telah tamat perkhidmatan di UiTM Puncak Perdana telah diadakan pada 9 Jun 2014 jam 8 30 malam bertempat di Umang Umang Steamboat , Meru. Majlis ini dianjurkan oleh pihak Jawatankuasa Perwakilan Kolej bagi memberi penghargaan kepada Felo lama dan juga kepada Felo baru.

Tuan Pengetua Kolej Jasmine ( Hj Bahman ) dan juga isteri turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut

 Aiman macam dah tak sabar jer nak membaham makanan ni....

 Diorang ni kalau depan kamera memang suka betul....comel tak??

 YDP JPK Mahzar sedang menyampaikan kata alu-aluan

 Rilek rilek..jangan berebut rebut ..ada banyak lagi tu..hehehe..

 Sedap ker?....boleh tahan jugak la...


 Felo Najimi sedang beramah mesra dengan bunga bunga JPK...Jimi..ingatla wife kat rumah yer..hehe


 Pek penghargaan di berikan kepada Puan Felo yang telah menamatkan perkhidamatan sebagai Felo di Kolej Jasmnie UiTM Puncak Perdana.

 Sijil penghargaan utk pelajar cemerlang utk Hayat

  Sijil penghargaan utk pelajar cemerlang utk Saihah

   Sijil penghargaan utk pelajar cemerlang utk Kayah

   Sijil penghargaan utk pelajar cemerlang utk Mahzar

Acara gambar beramai-ramai sebelum penutupan majlis..semoga ketemu lagi...

Pendaftaran Pelajar Baru Diploma Jun 2014

Sekitar pendaftaran bagi pelajar baru diploma untuk kemasukan Jun 2014 , di anggarkan lebih kurang 450 orang pelajar mendaftar di UiTM Puncak Perdana bagi jurusan Sains Kesihatan , Filem/Animasi dan juga Akauntasi.

Pendaftaran Kolej Kediaman dan Pemberian Starter Kit ( antara Blok 4 dan Blok 5 Kolej Jasmine ) telah diadakan pada hari Ahad 1 Jun 2014 , bermula jam 8 pagi sehingga jam 5 petang

Penginapan pelajar lelaki - Blok 1 Laman C,D dam E
Penginapan pelajar perempuan - Blok 2 Laman A, 2B, C dan D

 Kelihatan para petugas sedang sibuk melayan para pelajar utk proses pendaftaran kemasukan kolej

 Permulaan sebagai seorang pelajar UiTM, semoga berjaya

Faizal salah seorang ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej tengah melayan pelajar baru .

 Nampak macam tak ramai sangat yang mendaftar pada sebelah pagi , mungkin ada pelajar yang akan  mendaftar pada sebelah petang rasanya.

 Sibuk Cik Polis kita melayan keluarga para pelajar yang juga hadir utk menghantar anak mereka ke UITM Puncak Perdana

 Mahzar dan Hayat adalah antara ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej yang banyak membantu staf dalam urusan pendaftaran pelajar baru

 Antara PM ( jawatankuasa pendaftaran pelajar baru ) yang juga sedia membantu jika terdapat hal hal kecemasan yang tidak diingini.

Antara keluarga pelajar yang sibuk menghantar anak mereka ke UiTM

 Proses memasukkan nama pelajar baru ke dalam sistem kolej

Ni juga ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej yang banyak membantu semasa pendaftaran , namanya Rosazlin ...... " putih tak gigi saya....."

Proses pendaftaran selesai pada jam 5 petang  dan pada malam nya akan di adakan juga Taklimat Minggu Destini Siswa dan  Taklimat Pendaftaran Pelajar Baru ,

SELAMAT DATANG ... SEMOGA BERJAYA

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...