Budak comel

Anak Siti Fatimah ni menjadi model ku kali ni , tapi yang tak bestnya susah bebenor nak ambik gambar dia ni. Nak senyum punya la payah...main paksa-paksa jer la.


last-last dia senyum gak , tapi nampak macam senyum terpaksa jer tu..

Potrait Siti Fatimah

Siti Fatimah Ab Rahman , Pegawai Eksekutif UiTM Puncak Perdana


Jalan-jalan ke Hutan Simpan Puncak Perdana

31 Ogos 2014 - 6PM .  Tujuan kami ke sini sebenarnya adalah untuk melihat jika ada tumbuh-tumbuhan yang cantik dan exotic, tapi malangnya hanya tumbuh-tumbuhan biasa sahaja yang kami temui . Tapi ok la , yang penting udara di situ memang segar dan nyaman.

 Entah apa yang dibualkan tu..

 Nakal ya Adik....sampai kena cubit telinga ..

 Baby dengan gaya ala model gitu menikmati suasana tenang di hutan sambil menghirup udara yang segar dan nyaman.

 Apa yang diorang pandang tu...tengok monyet kot?

Inilah hutan dia...masih belum terusik lagi dengan arus pembangunan ...

Bunga-bunga di sekitar Kolej Jasmine

1 September 2014

Bunga-bunga yg kembang mekar di Kolej Jasmine, UiTM Puncak Perdana








Tumbuhan hutan sekitar Puncak Perdana

31 Ogos 2014 ,

Destinasi kami kali ini adalah hutan simpan area Puncak Perdana , tujuan kedatangan kami adalah untuk mengambil gambar tumbuh-tumbuhan hutan yang menjalar di kawasan tersebut . Agak kecewa juga kerana hanya sedikit sahaja gambar tumbuh-tumbuhan yang dapat kami ambil , mungkin kalau kami hendak melihat tumbuh-tumbuhan yang lebih esotik dan bermacam-macam jenis lagi , kami terpaksa la berjalan jauh masuk ke dalam hutan tersebut.

Antara spesis tumbuhan yang sempat kami photokan :










Pantai Remis

30 Ogos 2014

Perjalanan tanpa dirancang . Jam 5.30 petang selepas sembahyang Asar , kami sekeluarga pun ke Pantai Remis sebab nak menghilangkan bosan duduk di rumah . Jarak antara Puncak Perdana ke Pantai Remis hanya 28-30km sahaja mengikuti jalan Meru dan Kapar. Perjalanan pula mengambil masa selama 20-30 minit . Kami sampai ke destinasi dalam jam 6 .05 petang dan inilah pertama kalinya kami menjejaki pantai Pantai Remis.

 Merenung jauh ke lautan...hehehe...

 Pantai Remis yang tidak sesuai untuk aktiviti mandi-manda , airnya keruh dan kotor.



 Baby dan Mama sempat bergambar di tepi pantai , pada mulanya si Baby ni nak mandi..tapi bila tengok keaadan pantai yang kotor tu , terus dia batalkan niat murninya itu.

 Adik pun sama juga , layan tepi pantai jer la.

Aktiviti bergambar diteruskan bila bermulanya matahari terbenam

Babai Pantai Remis , lain kali jumpa lagi...

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...