Raya ke 10

6 Ogos 2014 ( 10 Syawal ) , Malam ini jam 9 30 malam telah diadakan satu jamuan raya bagi PPP ( Pegawai Pembangunan Pelajar ) , bekas PPP dan juga Pengetua Kolej Jasmine , dengan berkonsepkan 'potluk' setiap keluarga di wajibkan membawa satu menu utk jamuan tersebut .
Antara menu yang di bawa adalah :

Mazli dan Keluarga : Mee Goreng Sotong
Najimi : Nasi Minyak dengan ayam masak merah
Roslan dan Keluarga : Air buah-buahan dan air teh o
Aiman dan Keluarga : Tisu
Nurul : Desert
Jieha dan Keluarga : Rendang Kerang
Fauzi dan Keluarga : Buah-buahan
Kamil dan Keluarga : Buah-buahan
Izwan : spageti
Ustaz Azlan dan Keluarga : Nasi impit dan bubur
Haji Bahman : Satay Kajang
Husna : rendang daging

 Haji sedang bermain-main dengan anak Jieha....

 Nampak meriah dengan menu yang perbagai....

 Makanan yang di bawa oleh semua keluarga PPP , terlalu banyak sampai tak habis di makan , terpaksa memanggil pelajar utk menghabiskan nya..

 Wah..seronok betul diorang ni ....ada gosip terbaru ker?

Haji Bahman memberi duit raya kepada semua anak-anak PPP , Miza dapat RM10..hehehe..

Majlis tamat pada jam 12 malam , semoga majlis ini akan dibuat lagi pada tahun hadapan.

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...