Raya ke 16 di Pej PNC UiTM Puncak Perdana

12 Ogos 2014 ( 16 Syawal ) , Pejabat PNC UiTM Kampus Puncak Perdana telah menganjurkan 1 majlis tahlil dan jamuan raya bagi mengeratkan tali silaturahim sesama staf kampus.

Menu 'PotLuk':
1. Air Panas
2. Air Koktail
3. Rendang Ayam Pencen minang style
4. Nasi Lemak
5. Lontong
6. Laksa Penang
7. Rendang Paru
8. Cream Puff ( pukul 4 ptg baru sampai hahaha )
9. Kueh Lopis
10. Buah-buahan
11. Kuih-muih
12. Bihun Goreng
13. Teh O


Antara makanan yang akan di 'ngap' sebentar lagi..


Majlis ini dimulakan dengan bacaan tahlil oleh Ustaz Sharulnizam dan akhirnya doa makan telah di baca oleh 'Pak Lebai' Sham.
 Ni bunga-bunga Pej PNC , orang sibuk nak bertahlil ..diorang sibuk pulak dengan gajetnya..

 Ustaz Azlan , Ustaz Sharulnizam dan 'Lebai' Sham bersedia hendak memulakan majlis tahlil

 Beberapa orang 'kenamaan' juga hadir bagi memeriahkan majlis ini

 Makan time !!....Ustaz Ismail laju jer...lapar sangat nampaknya tu..hehehe

 Nie pun kelaparan gak tu..makan tak ajak orang....ingat orang puasa ker?

 Malu-malu lak...padahal dah berpinggan-pinggan makan tu ..hehehehe

 Amat lazat laksa ni....kata Wak Misra..

Seronok dapat berkumpul macam ni , semoga tahun depan dapat berjumpa lagi...

Raya ke 13

9 hb Ogos 2014 ( 13 Syawal ) , Hari ini banyak jemputan raya diterima tapi beberapa tempat sahaja yang mampu kami pergi , bermula jam 1 tengahari kami bertolak ke Perdana Height utk berkunjung ke rumah Puan Zalina Kolej Jasmine . Rumah banglownya amat besar dan selalu berangin..memang terasa nak terlelap kalau lama-lama duduk di sana..lebih lebih lagi kalau duduk di buaian malas nya..hehehe.. . Suasana di rumahnya sungguh nyaman dan damai seperti berada di kampung gitu. Gambar rumah nya tak dapat diambil kerana kamera pula tertinggal pula di rumah.

Setelah jam 2 kami pun pulang sebentar utk solat Zuhur sebelum meneruskan perjalanan ke Seksen 7 Shah Alam utk menghadiri majlis perkahwinan anak Hjh Azizah ( Pen Bendahari Kanan UiTM Puncak Perdana )

 Miza sedang menikmati hidangan nasi beriani dengan rendang daging...dia kata dewan tu amat panas sebab kipas takda..hehehe...macam-macam la dia ni..

 En Sulaiman dan En Shahir kekenyangan di situ...Lonely jer diorang datang ni..

 Keadaan di dewan majlis perkahwinan anak Hjh Azizah, .

Sempat bergambar kenangan di depan Dewan Melur Seksen 7 , Shah Alam

Selepas itu terus kami bertolak ke Setiawangsa , KL utk undangan hari raya Puan Noami. Kami berhenti seketika di plaza tol Sentul untuk solat Asar. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam lebih disebabkan kesesakkan lalulintas yang teruk ketika itu. Kami sampai di Setiawangsa lebih kurang jam 5 40 petang dan didapati ramai orang masih berkunjung di situ. Tanpa berlenggah masa , kami terus menuju ke kiosk pulut durian. Disebabkan kekenyangan , kami hanya mampu makan pulut durian sahaja, dah tak mampu nak makan makanan yang berat-berat.

 Sedapnya makan pulut durian bersama buah mangga..memang lazat tu..

 Miza pun dah kekenyangan..hanya mampu makan kopok jer

 heheh....freshnya mangga tu...bak mai sikit...

Nampak sangat adik pun kekenyangan..sampai kepala pun tak mampu nak angkat dah..

Dalam jam 6. 30 ptg kami pun beredar dan sampai di rumah dalam jam 8 malam.





HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...