Institut Kanser Negara

Pengenalan ( sumber dari laman web ikn )

Pada tahun 2003, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan bahawa penyakit kanser telah menyumbang sebanyak 9.34% daripada semua jumlah kematian di Malaysia berbanding 7.37% pada tahun 1975. Menerusi penemuan didalam Laporan Pertama Pendaftar Kanser Kebangsaan dianggarkan bahawa risiko mendapat kanser di Malaysia adalah 1 dalam 4. Sehubungan itu, penubuhan Institut Kanser Negara (IKN) di harap dapat memenuhi keperluan pesakit kanser di Malaysia.

Projek pembinaan Institut Kanser Negara adalah merupakan projek yang ditunggu-tunggu dan merupakan tanggungjawab sosial kerajaan untuk menyediakan rawatan kesihatan bertaraf dunia dalam memenuhi aspirasi wawasan 2020 ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Institut Kanser Negara adalah sebuah institusi perubatan kanser yang dibina khas untuk memberikan kemudahan khusus dalam rawatan dan perubatan bagi pesakit-pesakit kanser. Penubuhan Institut Kanser Negara adalah bertujuan bagi menangani segala keperluan yang semakin meningkat berkaitan dengan isu-isu kanser dalam negara.

Dibawah naungan Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang kehilangan isterinya Allahyarhamah Datin Seri Indon Mahmood akibat kanser pada tahun 2004, sebuah tapak berkeluasan 1065 ekar yang terletak di Presint 7, Putrajaya telah dikenal pasti untuk pembangunan Institut Kanser Negara. Lokasinya yang strategik terletak bersebelahan Hospital Putrajaya, Putrajaya Sentral, Ibu Pejabat Bomba, Ibu Pejabat Polis, Pusat Perdagangan (akan datang) dan ianya mudah diakses menerusi lingkaran Putrajaya dan Lebuh Sentosa.

Majlis Pecah Tanah telah berlangsung pada 9 Januari 2007. Proses perancangan, reka bentuk dan perundingan awal telah dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama kontraktor tempatan secara reka dan bina.

Kerja-kerja mengambil alih tapak dan kerja-kerja tanah telah dimulakan pada 1 September 2010. Projek ini dibina secara fast track dan serentak dengan reka bentuk terperinci bersama dengan interaksi intensif yang mengambil masa kurang daripada 3 tahun untuk disiapkan dan dilengkapi sepenuhnya diuji, ditauliah kemudian di ambil alih oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Institut kanser Negara merupakan projek pertama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang menggunkana model bangunan berinformasi atau building information modeling (BIM). BIM adalah proses mewujudkan dan menggunakan model-model digital untuk mereka bentuk, menyelaras pembinaan dan penyelenggaraan melalui visualisasi dan simulasi 3D.

Bangunan Institut Kanser Negara telah menggunakan aplikasi Industrialized Building System (IBS) dengan skor sebanyak 70%. Pada puncak pelaksanaan seramai 1000 orang pekerja dan kakitangan terlibat dalam projek ini. Pengawasan ketat, pengurusan keselamatan dan alam sekitar dan langkah-langkah kawalan kualiti telah diambil sepanjang projek ini dijalankan. Pada akhir tempoh pembinaan, projek Institut Kanser Negara mencipta rekod 5 juta jam tempoh berkerja tanpa kehilangan hari bekerja. Ia merupakan rekod keselamatan yg cemerlang bagi sesebuah projek berskala besar seperti ini.

Bangunan Institut kanser Negara telah mengambil inisiatif reka bentuk termoden seperti orentasi solar yang baik, kecekapan tenaga dan pandangan yang optimum untuk landskap persekitaran. Aspek seni bina dan reka bentuk dalamannya menarik dan menepati keperluan fungsi hospital bagi mewujudkan suasana ceria dan mesra pengguna terutamanya kepada pesakit-pesakit, pelawat dan kakitangan hospital. Ini adalah fungsi utama bagi mewujudkan suasana dan persekitaran yang ideal untuk tujuan penyembuhan. Pendekatan seni bina yang diambil adalah untuk melahirkan sebuah hospital abad ke-21 dan mudah dikenal pasti dengan reka bentuk bangunan yang menarik. Pencahayaan malam direka bentuk untuk memberi identiti monumen yang terserlah.

Institut Kanser Negara direka bentuk berdasarkan beberapa konsep reka bentuk. Antara reka bentuk konsep yang digunapakai ialah hospital yang khusus untuk menampung pesakit dan memberi penjagaan perubatan kesihatan khusus yang disokong oleh state of the art yang khusus dalam bidang diagnostik dan fasiliti perubatan. Selain itu, ia direka dengan menggunakan reka bentuk yang mesra pengguna dan mempunyai senibina, reka bentuk dalaman dan landskap yang menarik bagi mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pemulihan dan penyembuhan. Projek pembinaan Institut Kanser Negara ini berjaya disiapkan lebih awal berbanding tarikh siap kontrak.

Institut Kanser Negara diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 18 September 2013 pada satu Majlis Penyerahan Projek dan ia mula beroperasi pada 2 September 2013. Institut Kanser Negara merupakan sebuah hospital yang dibina dengan peralatan canggih dan teknologi maklumat terkini. Merangkumi aspek diagnostik dan rawatan khusus dalam menangani pelbagai penyakit kanser.

Perkhidmatan utama yang disediakan di Institut Kanser Negara ialah Radioterapi & Onkologi, Perubatan Nuklear, Pembedahan Onkologi dan Perawatan Paliatif. Perkhidmatan lain yang disediakan ialah perkhidmatan pesakit luar, perkhidmatan pesakit dalam, perkhidmatan rawatan harian dan perkhidmatan sokongan klinikal. Institut Kanser Negara bakal menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam perawatan kanser, penyelidikan dan pendidikan, dan perkhidmatan kesihatan yang terulung di Malaysia

Pintu masuk IKN - ruang depan

Tengahari semalam, kami sekeluarga sempat melawat emak yang menjalani rawatan Kimoterapi di IKN Putra Jaya. Mengikut kata doktor , tahap kansernya adalah pada tahap yang serius dan perlu dilakukan Kimo secara berkala di IKN.

Untuk makluman , Kimoterapi adalah :

- Kemoterapi (bahasa Inggeris chemotherapy) bermaksud satu bentuk rawatan yang menggunakan ubat-ubatan anti barah dalam merawat barah.

- Dalam penggunaan moden, istilah ini hampir merujuk secara eksklusif kepada ubat sintetik yang digunakan untuk merawat barah.

- Kimoterapi, dalam pengertian yang paling umum, adalah pengubatan penyakit dengan bahan kimia terutama oleh membunuh mikro-organisme atau sel-sel kanser.

- Umumnya, kimoterapi bertindak dengan membunuh sel yang membelah dengan cepat, salah satu sifat-sifat utama sel-sel kanser.

- Terdapat pelbagai cara untuk melakukan kimoterapi bergantung kepada jenis dan tahap kanser, kesihatan anda dan sejauh mana potensi kanser untuk merebak kepada organ-organ penting anda.

Berikut adalah kesan-kesan sampingan yang agak lengkap yang perlu anda ketahui :

1. Pendarahan samaada melalui mulut atau rongga badan yang lain.
2. Kekeringan - kulit menjadi bersisik,kering dan berkedut
3. Keguguran rambut samaada sebahagian atau    keseluruhan.
4. Kebas pada tapak tangan atau kaki.
5. Perubahan kepada sistem pendengaran anda. Contohnya bunyi bergema.
6. Sering muntah adakalanya disertai darah.
7. Bengkak pada sistem deria atau pada organ     badan.
8. Perubahan warna kulit
9. Mudah dijangkiti penyakit samaada demam, batuk     dsbnya kerana sistem imun telah binasa.
10. Kerosakan pada organ penting seperti jantung,    hati, saluran darah dsbnya.
11. Kelesuan atau tidak bermaya.
12. Hilang selera makan


Emak sedang dirawat dengan menggunakan kaedah kimoterapi . 


1 comment:

  1. Slm. Sekiranya memerlukan homestay bagi family yang datang melawat di IKN, atau kpd pesakit yang menjalani rawatan yang memerlukan trmpat tinggal di Putrajaya. Kami ada homestay di Condo dan apartment di Putrajaya dan Cyberjaya. Untuk mrlihat gambar homestay .Visit us @ booking.com ' putra damai/ serin residence/ garden plaza'
    Harga direct dealing pd saya ada discount.
    012- 6837139 - mdm sue

    ReplyDelete

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...