Sehari sebelum bercuti ke Vietnam

Tarikh : 12/7/16

Hari ni memang hari yang paling sibuk buat kami sekeluarga. Miza dan Hafizi tetap juga kena bersekolah hari ni kerana mereka akan bercuti selama 4 hari. Jadi surat kebenaran bercuti dihantar kepada cikgu masing-masing. Setelah selesai menghantar Hafizi ke sekolah , aku dan Miza ( yang juga baru balik dari sekolah ) terus ke Central Mart untuk mencari lauk pauk dalam tin.Biasa lah percutian bajet-bajet ni , jimat kos hehehe.

Kari ayam , sup ayam , sambal bilis dan daging masak black pepper menjadi sasaran kami. Beras seberat 2kg telah  dah beli di Giant Shah Alam sebelum ni. Tidak ketinggalan juga , kami membeli Universal Socket untuk keperluan di sana nanti. Di Giant Shah Alam , kami dah awal-awal menukar duit RM ke USD dan Dong Vietnam. Adalah dalam RM 500 kami telah tukarkan ke Vietnam Dong dan RM 650 lagi untuk US Dolar .Kadar tukaran pada masa ini adalah :

RM4 = 1 USD
RM19 = 100,000 VND

Duit USD dan VND yang sempat kami tukar

Pada sebelah petang selepas selesai mengambil Hafizi dari sekolah , kami terus ke rumah mak di  Kg Merbau Sempak untuk meminjam traveler rice cooker  , saiznya kecil dan cukup-cukup untuk memasak 3 pot beras sekali masak. Kira ok la untuk kami sekeluarga.

Sampai sahaja di rumah di Puncak Perdana, proses mengemas pakaian dan barang-barang keperluan dimulakan. Pn isteri juga sibuk di dapur untuk memasak sambal bilis tumis manakala Miza sibuk membuat sambal kicap.Setelah siap, kami bungkus semuanya dengan elok supaya tidak tumpah dalam beg nanti. Aktiviti mengemas berakhir pada jam 1 pagi, dan kami mesti tidur segera agar tidak terlewat utk ke airport pada keesokan hari.

No comments:

Post a Comment

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...