Bazar Ramadhan

Hari pertama berpuasa , Hafizi dan Miza dah excited nak berbuka di luar . Diorang kata bagi can la Baba sebab kitaorang dah berjaya berpuasa penuh hari ni. Aduss , ingat nak berbuka di rumah jer hari ni memandangkan malas nak bergerak ke luar. Lagipun memang tengah berangan nak makan ayam goreng , sambal belacan dan masak lemak petola masa berbuka nanti..kalau tengah lapar memang 'kick' giler makan masakan tu. Tapi angan-angan itu , hanya tinggal angan-angan je la pada masa tu ishk!!

Kami sampai di Bazar Ramadhan  dalam jam 6 petang. Kelihatan ramainya umat manusia di situ. Hafizi dan Miza pun tak tahu apa yang hendak dimakannya. Semuanya nampak sedap . Tapi yang tak sedapnya harga makanan sudah semakin mahal berbanding dengan tahun lepas. Dulu tepung pelita boleh dibeli dengan harga RM2 bagi enam biji , tapi sekarang hanya dapat 4 biji jer. Semuanya mahal sekarang. Roti John , Kue Teow goreng kerang , nasi ayam dan  perbagai makanan lain pun naik harga dengan mendadak ..adusss..memang pening la macam ni.

Disebabkan bengang punya pasal dengan harga yang mahal tu , kami bersepakat ..hari ni kita berbuka di Secret Recipe hahaha padan muka ( lagi mahal ). Dekat RM100 gak terbang petang tu , tapi takpa lah kali ni jer tau, lain kali jangan minta lagi yer sebab sambal belacan dah memanggil-manggil dengan manjanya.... sambal belacan ....kau la ratu hatiku.

Makan kek masa berbuka..tak syok lansung..aduhhh

Bazar Ramadhan atau Bazir Ramadhan?

Kedatangan bulan ramadhan memberikan persepsi yang berbagai-bagai. Ada golongan yang menganggapnya seperti satu adat yang hadir pada setiap tahun,  maka menjalaninya secara biasa dan sambil lewa. Setengahnya pula amat bergembira kerana mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda berniaga di bazar ramadhan. Manakala golongan yang ketiga menganggap kehadiran ramadhan memberikan peluang yang terbaik untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
Di antara hikmah dan faedah berpuasa adalah untuk mendidik hawa nafsu mengikut kehendak syariat. Nafsu ada dalam diri manusia dan merupakan keperluan hidup manusia. Firman Allah s.w.t dalam Surah Ali Imran ayat 14 menyatakan:
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada syahwat (perkara yang diingini nafsu ), iaitu wanita-wanita, anak pinak dan harta benda yang banyak yang melimpah limpah berupa emas, perak, kuda-kuda yang dipelihara yang bertanda serta baik, binatang-binatang ternakan serta kebun-kebun tanaman. Demikian itu merupakan kesenangan hidup didunia. (Ingatlah) disisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya ( iaitu Syurga)"
 Maksud berpuasa adalah menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa seperti makan, minum, memasukkan sesuatu kedalam rongga yang terbuka dan lain-lain bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Namun puasa yang sebenar-benarnya ialah meninggalkan perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa berupa dosa dan maksiat yang dilakukan oleh anggota-anggota yang zahir. Nabi bersabda:
"Berapa banyak orang yang berpuasa, tiadalah dapat dari puasa itu melainkan lapar dan dahaga"
Apabila kita berpuasa bermakna jumlah makan minum semakin berkurangan. Kalau kita tidak berpuasa kita akan makan sekurang-kurangnya 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Dengan berpuasa kita hanya makan dua kali sehari iaitu sewaktu bersahur dan berbuka puasa. Ini bermakna kita tidak perlu berbelanja yang banyak boleh berjimat cermat. Apatah lagi dalam keadaan hari ini barang-barang keperluan harian semakin hari semakin bertambah mahal.  
Apabila lapar semua makanan dan minuman dirasakan sedap dan lazat. Itu semua adalah kerana dorongan nafsu. Kalau pergi membeli juadah berbuka puasa di bazar ramadan, dengan makanan dan minuman yang beraneka, rasanya semua jenis juadah nak dibeli sedangkan apabila kita makan nanti, kita hanya mampu makan sebagaimana waktu kita tidak berpuasa juga. Akhirnya akan berlaku pembaziran sedangkan pembaziran itu amat dilarang kerana mensia-siakan harta. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Israk ayat 27:
"Sesungguhnya membazir itu adalah sahabat syaitan"
Membeli pakaian yang baru untuk diri dan keluarga adalah digalakkan. Ini kerana, disebut dalam kitab fiqh bahawa sunat memakai pakaian yang terbaik sewaktu pergi mendirikan solat Aidul Fitri. Bila sebut yang terbaik termasuk yang baru atau lama tetapi sesekali dipakai. Perlu diingat tidak perlu berlebih-lebihan sehingga berlaku pembaziran. Yang penting berbelanja  mengikut kemampuan dan keperluan. Jangan sampai defisit.
Biasanya bila menjelangnya  hari raya atau hari-hari perayaan yang lain terdapat berbagai-bagai promosi dan diskaun potongan harga yang ditawarkan menggugat keimanan dan kemampuan kita. Jangan sampai terpengaruh dan terpedaya dengan harga yang ditawarkan padahal jika kita adalah pengguna yang bijak sepatutnya kita telah membuat perbandingan harga sebelum dan semasa musim perayaan, samada ia adalah memang tawaran yang menguntungkan atau  satu perangkap peniaga yang mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan yang berlebihan.
Berbelanja secara berlebih-lebihan untuk menyambut hari raya dengan menukar perabut, perkakas rumah, hiasan rumah, kenderaan termasuk kuih-muih apatah lagi mercun sangat bertentangan dengan semangat dan roh ramadhan  sekiranya terpaksa berhutang dan bergolok bergadai lebih-lebih lagi dengan niat untuk bermegah-megah.
Apa yang penting ialah pengisian ramadhan itu dilakukan bagi mencari rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka selama sebulan sedangkan menyambut kemenangan ramadhan pada hari raya hanya sehari tetapi ramai dikalangan kita yang merasa seolah-olah puasa ramadhan  hanya sehari tetapi hari raya seperti sebulan.
Sumber : Laman Web JAIS

HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...