JEJU ALOE 99% The Face Shop


Produk korea yang hot dan best seller ( kata sales girl kat face shop ) sudah semestinya adalah produk Jeju Aloe 99% yang mempunyai 99% extract aloevera dari pulau Jeju , Korea. 

Pulau Jeju terbentuk dari letusan gunung berapi di dasar laut. Larva yang meletus keluar dan bertembung dengan air laut menghasilkan sebuah daratan yang subur. Oleh sebab itu, Pulau Jeju dikatakan sangat unik dan diiktiraf dunia sebagai one of 7 natural wonders of the world. Oleh kerana Jeju merupakan bekas pulau gunung berapi, tanah di sini sangat subur dan sesuai untuk penanaman alovera yang bermutu tinggi.

The Face Shop di Setia City Mall ni selalu buat SALE dan hari ini ia menawarkan harga diskaun yang amat murah. Harga sebenar untuk 1 Gel Aloevera ni adalah lebih kurang RM 23++ , tapi hari ini kami ditawarkan dengan harga RM 45 untuk 3 Gel Aloevera, memang berbaloi lah kami membelinya.

Antara kegunaannya :

Selain digunakan untuk moisturizer , ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan lecur pada kulit , merawat sunburn dan merawat rambut. Yang paling penting ia bebas paraben.


Model The Face Shop 




HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...