Amir Nur Hakim

Akhirnya Hafizi dapat juga sepupu lelaki belah abahnya. Ada geng katanya. Selalunya sepupu belah abah semua perempuan dari Jieha sampai la ke Fiera. Amir Nur Hakim diberi nama oleh ibubapa nya. Kata Hafizi , tunggulah Amir besar sikit nanti, bila dah boleh berjalan dan berlari , boleh kejar ayam kat rumah atok. 

Mimpi ngeri pasti akan berlaku dengan lebih dasyat. Ayam-ayam pasti tidak akan tidur lena memandangkan Hafizi dah ada geng baru.

Amir Nur Hakim

KEJOHANAN PERTANDINGAN BOLING PIALA REKTOR UiTM CAWANGAN SELANGOR (KAMPUS PFI) 2017

Tadi ada member whatsup , dia ajak masuk kejohanan boling ni. Adus dah lama la tak main, lagipun nak angkat bola tu dah tak mampu ..berat teramat. Diorang cakap main suka-suka jer , masalah nye nanti yang suka-suka ni membawa duka. Takda ke bola boling yang ringan-ringan macam bolasepak ker? rasa macam baling batu la pulok. Dah insaf rasanya nak main sebab tangan banyak nak guna untuk sukan lain terutamanya badminton. Sorry yer !


Ikan Patin Masak Tempoyak

Tetiba jer dapat call dari Ustaz Azlan yang adiknya nak datang ke Puncak Perdana. Adik dia ni memang kaki pancing , so setakat ikan Patin Temerloh ni memang dia senang la cari. Ustaz Azlan tanya nak tak ikan Patin tu?  tapi saya kena la tanya Isteri dulu sebab dia yang suka makan ikan air tawar tu, saya tak suka sangat .. bila makan rasa loya pulak hehehe. 

Bila dengar jer pasal ikan patin Temerloh ni , si Isteri terus memesan dalam 2 ekor . Isteri taknak yang pancing punya sebab harganya yang mahal , so terpaksalah diorang cari ikan Patin sangkar yang boleh didapati di Pekan Temerloh. Harga seekor adalah dalam RM10 dan beratnya lebih kurang 800 gram. Ikan Patin Sangkar ni murah sikit jika dibandingkan dengan Ikan Patin Buah. Ikan Patin Buah Sangkar harganya lebih kurang RM 30 sekilo manakala yang liar boleh mencecah RM 150 sekilo.

Bila dapat jer ikan tu , teruslah si Isteri memasak gulai tempoyak Patin. Dengan berpandukan resepi dari internet dan juga bekalan tempoyak asli dari Ustaz Azlan , akhirnya Patin masak tempoyak telah berjaya di masak dan rasanya boleh tahan jugak lah. So hari minggu ni kami layan Ikan Patin jer la.


Patin masak tempoyak ( belum siap masak lagi ) 




Info@Philately: New Stamp Issue 4/2017 | Siri Definitif Kebangsaan - Orkid / National Definitive Series - Orchids | Date of Issue/Sale: 21.02.17

Pos Malaysia akan mengeluarkan satu lagi set setem kenangan isu " SIRI DEFINITIF KEBANGSAAN - ORKID" pada 21 February 2017 ni. Pada peminat setem dan sampul surat hari pertama diminta jangan melepaskan peluang untuk membeli set keluaran yang istimewa ini.

Memandang my wife memang suka dengan bunga orkid ni , memang tak sabar rasanya nak mendapatkan 1 set setem kenangan ni hehehe. Tak dapat tanam bunga orkid dapat setem orkid pun jadi la.



Segala pertanyaan , bolehlah berhubung dengan :

Mohd Zainuddin Noor Rosdy (Moza)
Sales & Marketing, Online Services & Creative


Stamp & Philately Unit, Pos Niaga

Pos Malaysia Berhad (229990-M)
Level 2, Stamp Gallery, Dayabumi Complex
50670 Kuala Lumpur, Malaysia
t:              +603 2267 2002
f:              +603 2694 2139

Info@Philately: New Stamp Issue 3/2017 | ULANG TAHUN KE-100 SEKOLAH MENENGAH CHUNG LING / CHUNG LING HIGH SCHOOL CENTENERAY | Date of Issue: 09.02.17 / Date Sale: 09 - 11.02.17

Pos Malaysia akan mengeluarkan satu lagi set setem kenangan isu " ULANGTAHUN KE 100 SEKOLAH MENENGAH CHUNG LING" pada 9 February 2017 ni. Pada peminat setem dan sampul surat hari pertama diminta jangan melepaskan peluang untuk membeli set keluaran yang istimewa ini.



Segala pertanyaan , bolehlah berhubung dengan :

Mohd Zainuddin Noor Rosdy (Moza)
Sales & Marketing, Online Services & Creative

Stamp & Philately Unit, Pos Niaga

Pos Malaysia Berhad (229990-M)
Level 2, Stamp Gallery, Dayabumi Complex
50670 Kuala Lumpur, Malaysia
t:              +603 2267 2002
f:              +603 2694 2139

Pengiraan Harga Minyak RON 95 Malaysia

Bulan ni nampaknya harga minyak melambung lagi. Kenaikan 20sen memang amat dirasai ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Cara yang paling mudah untuk mengira jumlah kenaikan harga minyak RON 95 pada setiap bulan adalah dengan cara pengiraan matematik yang berpandukan pada carta purata minyak MOGAS 95 Singapore dan juga kedudukan RM berbanding Dollar pada harga semasa.



Bagi pengiraan bulan Jan 17 , kita kena refer purata harga minyak pada bulan 12. Titik-titik tu menandakan harga minyak RON 95 didagangkan. Bagi bulan Dec 16 , purata harga minyak didagangkan sekitar 65 Dolar setong. Pada masa tu , harga ringgit jika dibandingkan dengan dollar USD adalah bersamaan 4.47 RM berbanding 1 USD . Jadi harga purata setong minyak adalah dalam RM 291.85 setong. Anggaran setong bersamaan dengan 159 liter , maka RM290.55 / 159 = RM 1.82 seliter .

Kos- kos lain yang terpaksa juga kita tanggung adalah :

1. Alpha Primium : 5sen
2. Kos Operasi : 10sen
3. Oil Company Margin : 12sen

Jadi kos ini sahaja kita terpaksa bayar 32sen tak kira berapa harga minyak dipasaran,

Anggaran jumlah keseluruhan harga minyak pada bulan Januari 2017 adalah RM 1.82 + 32sen = RM2.14 

Kita boleh juga mengira anggaran harga minyak pada bulan Feb iaitu :

Harga purata minyak RON 95 yang didagangkan sekitar 69.7 dollar setong dengan purata harga ringgit jika dibandingkan dengan Dollar adalah bersamaan 4.46 RM berbanding 1 USD. Jadi purata setong minyak adalah RM 310.86. harga seliter pula 310.86 / 159 = RM 1.95.

Anggaran harga minyak pada bulan Feb 2017 adalah RM 1.95 + 32sen = RM 2.27 













HP Bowling Tournament 2017

Tahun ni banyak la pulak jemputan Bowling Tournament. Jemputan kali ni pula datang dari pihak HP. Acara ini dilaksanakan bagi merapatkan ...